Header Ads

Apakah Cara paling mudah dan paling cepat untuk membuat keuntungan dari Bitcoin?

ara paling mudah dan paling cepat untuk membuat keuntungan dari Bitcoin

Apakah Cara paling mudah dan paling cepat untuk membuat keuntungan dari Bitcoin? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bitcoin atau lebih tepatnya cryptocurrency bukanlah perkara baru. Tetapi baru-baru ini, banyak mata yang mula melihat kepada duit digital ini. Semakin ramai “jutawan” baru hampir setiap hari, hanya dengan bitcoin! Ramai daripada kita yang mula melihat kepada perlaburan duit digital.

Tapi, percaya atau tidak, walaupun bitcoin di anggap 1 fenomena dalam penggunaan matawang, masih ramai yang yang tidak memahami konsep & ada juga yang tak pernah dengar pun pasal bitcoin ni! Hanya segelintir sahaja yang mula “mengaut” keuntungan daripada duit digital ini!
Jadi apa maknanya semua ini??

Jika masih ramai yang belum tahu dan mungkin tak nak ambil tahu mengenai matawang digital ini, maka peluang untuk kita mengaut keuntungan itu masih luas!

Dan hari ini, disini, kita semua akan memanfaatkan peluang bersejarah ini!

Hari ini kami nak kongsikan dengan semua, cara yang paling mudah, paling cepat, paling selamat untuk kita melaburkan duit simpanan kita kepada duit digital atau bitcoin ni.

Pertama sekali, apakah itu bitcoin?

Bitcoin adalah duit digital yang pertama dan digital yang didesentralisasi.

Apa maksudnya?

Digital itu bermaksud bahawa bitcoin tidak muncul dalam bentuk fizikal, hanya pada komputer dan disimpan dalam alamat digital di dalam web.

Decentralized pula bermakna tiada badan kewangan atau bank pusat berdiri di belakang duit syiling dan tidak ada yang mengawal pengedaran dan pengeluarannya. Bitcoin adalah duit syiling internet bebas yang tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana syarikat, bank, atau kerajaan.

Kelebihan Bitcoin.

Kelebihan utama Bitcoin adalah bahawa ia adalah desentralisasi - bermakna, tidak ada bank pusat atau kerajaan yang mengawalnya atau pengedarannya. Inilah sebab utama Pelabur mempertimbangkan mata wang ini sebagai sejenis aset selamat di dunia geopolitik yang bermasalah. Apabila sesebuah kerajaan mengalami masalah kewangan, rakyat juga mengalami ketidakstabilan kewangan. Lihat sahaja apa yang berlaku akhir-akhir ini di Eropah, Rusia, Brazil, dan Amerika Syarikat.

Harga yang semakin meningkat!

Apabila sudah sampai ke tahap ini, ramai yang mula mengeluh! Ini adalah kerana, ramai yang merasakan mereka dah tak mampu nak beli bitcoin! Mahal! Tapi samada korang perasan atau tidak, harga bitcoin semakin hari semakin mahal? Apakah maknanya itu?

Ini bermakna, lebih lama korang tunggu dan berfikir, semakin korang akan jadi lebih tidak mampu untuk memilikinya! Jangan ambil masa yang lama untuk berfikir!

Kalau sebelum ini, mungkin semua orang mampu beli 1 BTC atau lebih! Mungkin sekarang orang Cuma mampu beli 0.1 BTC. Mungkin pada masa akan datang, nilainya akan jadi lebih rendah daripada ini, tak siapa yang tahu.

Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Cara yang paling mudah adalah dengan mula membeli bitcoin. Beli dengan kadar yang korang mampu! Jangan memaksa diri, orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Jadi, perlaburan yang korang rasakan sedikit hari ini, akan memberi keuntungan yang lebih pada masa mendatang.

Jangan ambil masa yang terlalu lama kerana masa tidak pernah tunggu korang!

No comments

Powered by Blogger.