Header Ads

Adakah bitcoin selamat?

Adakah bitcoin selamat?

Adakah bitcoin selamat? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Di antara soalan yang kerap di tanya oleh mereka yang baru menceburi dunia cryptocurrency ini (atau duit digital yang lebih tepatnya adalah bitcoin) selamat atau tidak bitcoin ni? Ini adalah kerana, bitcoin tidak boleh dipegang dan hanya di simpan di dalam wallet atau blockchain.

Mereka takutkan hackers!


Bila di tanya, apakah yang menjadikan mereka takut dan merasakan bitcoin itu tidak selamat? Jawapannya adalah hackers! Mereka takut, para pengodam ini masuk ke dalam akaun mereka dan mencuri bitcoin mereka.

Baiklah, kami kongsikan dengan anda sejarah kecurian terbesar bitcoin yang pernah berlaku di dalam dunia!

Pada tahun 2013, telah berlaku 1 “serangan” terbesar ke atas syarikat Mt Gox yang mengakibatkan mereka kerugian lebih USD$470 juta atau anggaran 850,000 BTC! Pada waktu tersebut, Mt Gox adalah syarikat servis bitcoin terbesar.

Ceritanya, pada tahun 2011, seorang hacker dah curi “private keys” pemilik bitcoin yang disimpan di dalam Mt Gox. Waktu tu pula, private keys ini belum melalui proses encryption.

Hampir kesemua wallet & servis pertukaran hari ini melindungi private keys melalui kaedah encryption.

Dan 2 tahun selepas itu, hacker ini mula mengeluarkan semua bitcoin daripada alamat-alamat melalui private keys yang mereka dapat. Peliknya waktu itu, syarikat Mt Gox menganggap proses ini adalah benar dan memasukkan hampir 40,000 BTC ke dalam wallet-wallet tersebut.

Dan menariknya adalah, Mt Gox bukanlah satu-satunya syarikat yang diserang hacker tetapi banyak lagi syarikat lain yang diserang yang mengakibatkan kerugian hampir 700,000 BTC! Cuba korang bayangkan berapa jumlah kerugian yang di tanggung?

Dan daripada kisah ini, apakah yang korang fikirkan? Apakah bitcoin benar-benar selamat?
Dah tentulah jawapannya selamat! Eh? Kenapa selamat? Sedangkan banyak syarikat yang kena serangan hackers! Yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta USD! Ahha! ini yang korang mungkin tak nampak atau terlepas pandang.

Perasan atau tidak, serangan hackers hanya pada syarikat-syarikat pertukaran bitcoin? Ini bermakna yang tidak selamat itu adalah syarikat tersebut dan bukannya bitcoin ini. ini mungkin terdapat kelemahan pada sistem keselamatan syarikat tersebut.

Namun, ada 1 benda yang kami nak beritahu dengan korang. Dalam teknologi duit digital sekarang ni, korang kena pandai memilih lokasi untuk menyimpan bitcoin korang. Kerana apa? Sebabnya adalah, tidak seperti wang kertas, sekali korang kehilangan bitcoin/duit digital korang, potensi untuk jumpa semula adalah sangat tipis. Jadi beringatlah ye! J

No comments

Powered by Blogger.