Apakah Cara paling mudah dan paling cepat untuk membuat keuntungan dari Bitcoin?
Apakah Cara paling
mudah dan paling cepat untuk membuat keuntungan dari Bitcoin? |
Assalamualaikum & salam sejahtera. Bitcoin atau lebih tepatnya cryptocurrency
bukanlah perkara baru. Tetapi baru-baru ini, banyak mata yang mula melihat
kepada duit digital ini. Semakin ramai “jutawan” baru hampir setiap hari, hanya
dengan bitcoin! Ramai daripada kita yang mula melihat kepada perlaburan duit
digital.
Tapi, percaya atau tidak, walaupun bitcoin di anggap 1
fenomena dalam penggunaan matawang, masih ramai yang yang tidak memahami konsep
& ada juga yang tak pernah dengar pun pasal bitcoin ni! Hanya segelintir
sahaja yang mula “mengaut” keuntungan daripada duit digital ini!
Jadi apa maknanya semua ini??
Jika masih ramai yang belum tahu dan mungkin tak nak ambil tahu mengenai matawang digital ini, maka peluang untuk kita mengaut keuntungan itu masih luas!
Dan hari ini, disini, kita semua akan memanfaatkan peluang
bersejarah ini!
Hari ini kami nak kongsikan dengan semua, cara yang paling
mudah, paling cepat, paling selamat untuk kita melaburkan duit simpanan kita
kepada duit digital atau bitcoin ni.
Pertama sekali,
apakah itu bitcoin?
Bitcoin adalah duit
digital yang pertama dan digital yang didesentralisasi.
Apa maksudnya?
Digital itu bermaksud bahawa bitcoin tidak muncul dalam
bentuk fizikal, hanya pada komputer dan disimpan dalam alamat digital di dalam
web.
Decentralized pula bermakna tiada badan kewangan atau bank
pusat berdiri di belakang duit syiling dan tidak ada yang mengawal pengedaran
dan pengeluarannya. Bitcoin adalah duit syiling internet bebas yang tidak
terikat atau bergantung kepada mana-mana syarikat, bank, atau kerajaan.
Kelebihan Bitcoin.
Kelebihan utama Bitcoin adalah bahawa ia adalah
desentralisasi - bermakna, tidak ada bank pusat atau kerajaan yang mengawalnya
atau pengedarannya. Inilah sebab utama Pelabur mempertimbangkan mata wang ini
sebagai sejenis aset selamat di dunia geopolitik yang bermasalah. Apabila
sesebuah kerajaan mengalami masalah kewangan, rakyat juga mengalami
ketidakstabilan kewangan. Lihat sahaja apa yang berlaku akhir-akhir ini di
Eropah, Rusia, Brazil, dan Amerika Syarikat.
Harga yang semakin
meningkat!
Apabila sudah sampai ke tahap ini, ramai yang mula mengeluh!
Ini adalah kerana, ramai yang merasakan mereka dah tak mampu nak beli bitcoin! Mahal!
Tapi samada korang perasan atau tidak, harga bitcoin semakin hari semakin
mahal? Apakah maknanya itu?
Ini bermakna, lebih lama korang tunggu dan berfikir, semakin
korang akan jadi lebih tidak mampu untuk memilikinya! Jangan ambil masa yang
lama untuk berfikir!
Kalau sebelum ini, mungkin semua orang mampu beli 1 BTC atau
lebih! Mungkin sekarang orang Cuma mampu beli 0.1 BTC. Mungkin pada masa akan
datang, nilainya akan jadi lebih rendah daripada ini, tak siapa yang tahu.
Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Cara yang paling
mudah adalah dengan mula membeli bitcoin. Beli dengan kadar yang korang mampu! Jangan
memaksa diri, orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Jadi, perlaburan
yang korang rasakan sedikit hari ini, akan memberi keuntungan yang lebih pada
masa mendatang.
Jangan ambil masa yang terlalu lama kerana masa tidak pernah
tunggu korang!
Post a Comment