Header Ads

Blockchain tu apa?

Blockchain tu apa

Blockchain tu apa? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak share pula pasal blockchain. Apakah itu blockchain? Kami pasti, mesti ramai yang tertanya-tanya, apa itu blockchain. Semoga perkongsian ringkas ini akan memudahkan anda faham. insyaAllah.

Blockchain ini macam satu buku rekod awam digital yang hidup dekat internet. Kata mudahnya adalah, blockchain ni macam buku account yang penuh dengan transaksi sesebuah syarikat. Darimana duit itu datang dan kemana semua duit tu pergi. Jadi, blockchain bermaksud, 1 sistem yang menyimpan semua data bermula daripada awal sampailah bila-bila.

Blockchain ini juga bukan khas untuk menyimpan rekod kewangan sahaja, malah apa sahaja yang korang nak simpan dekat dalam ni pun boleh. Contohnya, korang nak simpan surat-surat lama ke, data peribadi ke, atau apa sahaja. Pendek kata, korang boleh simpan apa sahaja data yang korang nak dalam blockchain ni.

Blockchain juga dikatakan dibina tanpa boleh diubah atau ditiru oleh sesiapa sahaja. Ini bermakna, diantara ciri-ciri yang ada pada blockchain adalah:

  • Tidak boleh dikawal atau selia oleh orang lain.
  • Tidak akan gagal (melainkan internet tidak lagi di guna pakai di dunia ini lagi)
  • Lebih telus.
  • Tak akan corrupt.


Dan disebabkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, blockchain lebih dikenali sebagai “decentralized system” dan “open ledger system”.

Bagaimana blockchain ini berfungsi?

Ok. sekarang kita pergi pulak kepada topik bagaimana blockchain ini berfungsi. Semua transaksi yang telah berjaya akan dimasukkan ke dalam blockchain dan wallet bitcoin akan kira berapa banyak balance yang boleh dibelanjakan dan setiap transaksi perlu disahkan oleh pemegang akaun atau wallet tersebut.

Blockchain ni macam pengkalan data yang mana semua maklumat dikongsi dan setiap rantai penyertaan ini dipanggil “node”. Inilah yang dipanggil decentralized system tu. Tanpa central server, tanpa pemilik dan tiada siapa yang mengawal sistem ni.

Dan oleh yang demikian, semua maklumat atau data dapat dilihat oleh semua yang berada dalam rantaian tersebut. Tiada istilah “rahsia” dalam sistem blockchain ni. Dan inilah yang dipanggil open ledger system.

Rahsia yang dimaksudkan tu, kami beri contoh, katakan si A masukkan wang sebanyak 100k dalam akaun si B. Maka sesiapa yang berada dalam rantaian tu boleh tahu siapa yang masukkan duit dalam akaun si A. Si A tak boleh nak pusing cerita kata dia dapat dari si C atau si D. Ha, faham tak ni? hehehehe.

Nak bagi korang lebih mudah faham, macam ni lah. Kalau dekat sistem pusat macam bank. Duit yang kita simpan dekat dalam tu, kita sendiri pun tak pasti selamat atau tidak. Sebab kita tak kawal benda tu. Dia di kawal oleh orang lain. Mungkin ianya boleh berubah atau diubah oleh orang lain tanpa kita sedari atau dicuri? Atau digunakan dekat tempat lain? Kita tak tahu.

Ha, jadinya sekarang ni, korang dah faham ke belum? Kalau belum faham, cuba korang baca semula apa yang kami tulis dekat atas tu perlahan-perlahan dan fahamkan. Hehehe. ok?

No comments

Powered by Blogger.