Header Ads

Apakah itu Bitcoin?

Apakah itu Bitcoin?

Apakah itu Bitcoin? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Baik, ramai sebenarnya yang bertanya, apa itu bitcoin? Kenapa sebelum ni tak pernah dengar pun pasal Bitcoin? Bila bermulanya bitcoin ni? Dan pelbagai lagi persoalan lain. Hari ini kami akan cuba terangkan secara ringkas kepada anda semua apakah itu bitcoin.

Baik. Bitcoin adalah cryptocurrency. Atau kalau nak mudah faham, kita sebut matawang digital atau duit digital, benda dan maksud yang sama.

Bitcoin bermula pada tahun 2009 dan dicipta oleh seorang lelaki bernama Satoshi Nakamoto. Bitcoin digunakan sebagai medium pertukaran 1 barang atau perkhidmatan dalam dunia yang sebenar.
Bitcoin ini tidak di kawal oleh mana-mana negara. Tidak seperti matawang yang dijaga oleh setiap negara, bitcoin lebih terbuka. Oleh yang demikian, ianya di anggap sebagai 1 matawang yang sangat baik.
Bitcoin menggunakan teknologi blockchain.

Bitcoin di anggap emas digital.


Ramai yang pada mulanya tidak bersetuju dengan kaitan ini. Tetapi, jika melihat kepada pengawalan bitcoin itu sendiri, ianya boleh dianggap seperti emas digital kerana bitcoin tidak boleh dicetak tetapi boleh dilombong! (Cerita mengenai melombong bitcoin, kita akan kongsikan dalam artikel yang lain ya).

Oleh kerana ianya dilahirkan secara digital, segala urusniaga yang melibatkan bitcoin adalah melalui sistem digital. Dan ianya tidak boleh dicetak, di pegang dan dirasa.

Dan oleh kerana bitcoin bersifat seperti emas, bitcoin boleh dilombong dan boleh dijual, dibeli dan dijadikan sebagai 1 pelaburan. Dan kerana itu, apabila semua bitcoin sudah habis dilombong, tidak akan ada bitcoin yang baru lagi.

Daripada perkongsian, setakat ini hampir 15.2 juta bitcoin sudah di lombong daripada 21juta kesemuanya.

Jika dilihat pada jumlah yang berbaki masih banyak lagi kan? Tapi harus diingat, harga 1 BTC ketika ini sudah pun melambung tinggi dan tidak siapa yang tahu samada harga ini akan terus-terusan menaik atau akan turun 1 masa nanti.

Apa pun, semoga dengan perkongsian singkat ini, akan buatkan anda semua faham apakah itu bitcoin. Jumpa lagi dalam entry yang mendatang.

No comments

Powered by Blogger.